send link to app

Haji - Umrah app for iPhone and iPad


4.0 ( 0 ratings )
Utilities Reference
Developer: Noorsyarida Mohd Sapiai
Free
Current version: 1.0, last update: 54 years ago
First release : 06 Dec 2016
App size: 0 Bytes

Bismillah ir Rahman ir Rahim. Innal-Hamdalillah was-Salaatu was-Salaam `alaa Rasulillah.
As-Salaamu alaikum wa-Rahmatullahi wa-Barakatuh.

Alhamdulillah kami ucapkan syukur kepada Allah Subhana wa Ta’alaa diatas segala nikmatnya memudahkan usaha kami untuk merialisasikan applikasi ini sebagai sumbangan terhadap ummah terutamanya bakal jemaah haji dan umrah seterusnya masyarakat am. Applikasi ini tujuannya untuk membantu memudahkan bakal jemaah haji mengerjakan ibadat haji dan umrah serta perkara-perkara harian di Makkatul Mukarramah. Kami berharap dengan penyediaan alat bantu ini akan meringankan sedikit beban jemaah. Alat ini mengandungi maklumat yang dikumpulkan dari berbagai rujukan mengikut mazhab Imam As-Syafii dan ahli sunnah wal aljamaah, dan disusun daripada sumber-sumber seperti Tabung Haji (Malaysia), serta mereka yang berkelayakkan didalam bidang ini. Semoga Allah Subhana wa Ta’alaa memberi ganjaran yang sebaiknya diatas sumbangan mereka. Applikasi ini berfungsi sebagai rujukkan asas dan sudah semestinya ada sedikit sebanyak kekurangan, maka jemaah digalakkan mendapat nasihat daripada ustaz ataupun ustazah yang boleh memberi bimbingan yang lebih lengkap. Kami mengesyorkan agar jemaah mengikuti kursus yang diadakan agar mendapat kefahaman yang lebih jelas.

Akhirnya kami memohon maaf diatas sebarang kekurangan dan kami mengalu-alukan maklum balas atau cadangan yang membina bagi memperbaiki applikasi ini.

Segala kelemahan adalah dari kami dan kesempurnaan adalah milik Allah jua. Semoga Allah Subhana wa Ta’alaa merahmati kita semua dan menerima segala amal ibadah kita. Taqabballah minna waminkum taqabbal ya karim.

Sekian dari hamba Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
________________________________________

Kelebihan aplikasi :
Percuma, lengkap serta bebas iklan
•Panduan aktiviti Haji - Umrah secara ‘process flow’
•Kandungan berstruktur mengikut panduan dan amalan Lembaga Tabung Haji (kebenaran diperolehi)
•Dilengkapi kemudahan yang dapat membantu jemaah ketika di Tanah Suci
•Peta kemudahan seperti Hospital, Hotel, restaurant
•Membantu ketika sesat
•Komunikasi Asas Bahasa Arab
•Dilengkapi kemudahan yang digunakan harian (e-tasbih, Al-Quran, kompas kiblat, waktu solat)